WELCOME TO MY BLOG EVERYONE! =)

CLICK THE LINK BELOW & UNLOCK THE 7 VIDEOS ON HOW TO ATTRACT EVEN MORE BUYERS TO YOU ALMOST IMMEDIATELY FOR FREE

Kursus Asas Keusahawanan Siswa KAKS UM 2012

LIKE n SHARE…

[POST KHAS UNTUK WARGA UNIVERSITI MALAYA 2011/2012 SAHAJA]

Haluu gengs, Ok cuti sem dah nak dekat kan, so korang ade ape2 planning untuk di-isikan pada waktu cuti? certain people just suke dok lekkk goyang kaki saje dirumah n certain suke explore sumting yg baru during the break. So kat sini bagi sesiape yang rase diri die free,xtaw nak wak gapo time cecuti nanti, korang leh join aktiviti yang dianjurkan oleh PUSMAL UM.

I have a friend yang suke betol berbisnes n macam2 bisnes die buat then come satu hari die dtg UM petang after aku roger die main tennis, then main punye main (aku menang =) ) kitorg pon lepak aa sat beborak..so aku saje a tanye how perkembangan bisnes die n he said well so far so good..and die kate die baru je pas attend kursus anjuran SME Bank..then aku usya gak die asai g kursus nun..kursus tu kene datang 5 hari lectures, datang denga ceramah, then blah..esok datang lagi pahtu blah without tempat tinggal makan sume sendirian berhad..n yuran tok attend kursus 5 hari just utk kursus tu aje is around 450+ (ampat ratuih wok !!!) just untuk dapatkan sijil kelulusan kursus asas keusahawan. So bile dah ade sijil tu la barula kite leh apply any business loan as long as kite ade certificate yang mengatekan yg kite dah ade basic in business stuffs. so ak respek gak aa membe aku ni coz jiwe n minat die yg sgt power in business SANGGOP berkorban (atau dlm kata lain melabur) masa mude die dgn bisnes..cool gak aa bg aku..

tp tu la after a while, ak pon rase bsyukur gak aa dapat masuk U especially UM ni coz macam2 peluang yang ade depan mate..cume kite xnampak or kite xcari je..so cut the story short, this 4th February 2012 until 11th Feb, PUSMAL akan adekan KAKS ni..so ape yg menarik sangat sampai aku sanggop buat blogpost pagi2 bute ni kan?

ok cmni, ni bagi korang  yg minat keusahawnan xkesah la korang suke jual ape pon kerepek ke, baju jersi ke, servis nasi lemak mapley ke or ape2 jela pon..I TELL YOU, This is IT..PEGI KURSUS NI..xmau banyak cakap xmau bedolak dalik..coz i personally dah g Season yang lepas 2010/2011…

Kursus yang bernilai RM400++ kat luar sane yang kite dok UM leh dapat FREE

Makan SPONSORED PAGI TGHARI PETANG MALAM

TIDO KAT HOTEL! ( ape lagi nak?)

semua ditanggong 100% oleh pihak PUSMAL UM..kat fesbuk ak ade la ak upload sikit2 gamba time season lepas kat Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang dekat2 area Sepang Goldcoast.

so cuti ni GRAB PELUANG NI!  Bagi aku RUGI gila sape yg minat EVEN  yang xminat RUGI kalau hangpa dah dok tau tapi hangpa x amik PELUANG DEPAN MATE..

 

berminat contact tros saye 013-6180749 (call boleh msg pon boleh TAPi jgn MISSCALL sudah parah tu namenye..) alaaa xpon roger thru fesbuk je..ak mesti respon punye..

just pm aku  NAME MATRIC IC CONTACT loooo ni gok coz quota kat aku tinggal utk 20 orang sahaje! so bagi memane individu yg ade aktiviti time tu share2 kan lah ye link  ni kat memembe lain k..elok pas bace je tros SHARE..lagi satu, ni buat kali terakhir tau PUSMAL nak buat bende ni,pahni dh xdok dah,melepah la hangpa suma kalo x g yg ni naaa..soo cepat2 rebot peluang k itu saja nasihat dr saya naaa..”Dont be the greatest THINKer” hehe

Ni time gue g mase season lepah kat Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang Tepi Laut Siap Ade Simmingpool tuuu

LIKE n please SHARE this infos to atleast ONE(1) of your frens yang bagi kamu die akan tertarik dengan Kursus Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS)  ni kay?!!

UM IS ONE!

LIKE n SHARE pas bace kay gengs! TQ! Good luck Final Exam! Wishing U ALL THE BEST! =)


KENAPA PERLUNYA MATLAMAT ?????

Salam 1Malaysia, salam muhibbah! Bertemu lagi, semoga hari ini adalah hari yg LEBIH BAIK dari semalam. Post kali ini akan membincangkan “KENAPA PERLUNYA MATLAMAT?” Bagi mereka yang baru membaca post ini, anda bole saje merujuk post-post sebelumnya. (MATLAMAT DAN IMPIAN, MENUKAR IMPIAN MENJADI MATLAMAT). Mari kita mulakan!!

 

Kajian di institusi pengajian tinggi menunjukkan 80 peratus pelajar tidak bermatlamat dan ini adalah punca utama pelajar Melayu gagal bersaing. Menyedihkan tetapi itulah hakikatnya. Matlamat memudahkan perancangan. Se­kiranya anda ada matlamat, maknanya anda sudah pun menetapkan apa yang mahu dicapai dalam suatu tempoh tertentu. Ini pastinya memudahkan anda merancang tugas anda setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan.

Matlamat meningkatkan komitmen diri. Secara cara langsung apabila anda mempunyai matlamat anda berasakan komitmen perlu diambil bagi me­menuhinya. Apabila anda terlalai bagi mengikut setiap perancangan yang dijadualkan bermakna anda meng­gadaikan masa depan anda sendiri. lngatlah, manusia yang berjaya adalah manusia yang mempunyai komitmen yang tinggi pada senarai tugas ataupun perancangan hariannya.

Matlamat membantu anda membuat ke­putusan. Dalam kehidupan seharian anda pasti menyedari betapa sukarnya bagi mendisiplinkan diri mengikut jadual harian dan jadual belajar anda. Malah mereka yang mampu mengikut jadual harian jumlahnya terlalu kecil, hanya sekitar lima peratus sahaja. Yang lain, sama ada langsung tidak mempunyai jadual ataupun ada jadual tetapi sekadar menjadi hiasan pada Binding dan tidak pernah diikuti. Kenapa ini berlaku? Jawapannya kerana manusia bukannya robot dan mesin yang dapat dijadualkan berfungsi mengikut masa-masa yang di­tetapkan setiap hari.

Sebagai manusia kita tertakluk kepada begitu banyak faktor-faktor luar jangkaan, misalnya anda mahu belajar tetapi emak meminta anda menjaga adik ataupun ayah meminta anda pergi ke kedai. Sebentar lagi adalah waktu bagi menyiapkan kerja sekolah tetapi di TV pula ada siaran langsung perlawanan akhir bola sepak. Semuanya ini antara penyebab kenapa anda sukar mengikuti jadual belajar anda. Tetapi dengan adanya matlamat, anda dapat mengubah perancangan harian pada bila-bila masa asal­kan ia tidak meninggalkan kesan ke atas perancangan jangka panjang anda.

Matlamat membantu anda mendapatkan pertolongan. Apabila anda mempunyai matlamat anda mula mengatur perancangan. Apabila anda bertindak melengkapkan perancangan, anda mula menyedari dan mengenali kelemahan-kelemahan yang ada pada diri anda. lni memudahkan anda mendapatkan pertolongan. Anda mungkin perlu berjumpa guru selepas mengetahui ada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu mata pelajaran yang tidak difahami. Anda mungkin bertemu rakan-rakan dan berbincang dengan mereka. lngat tidak ada rakan yang mahu membantu anda pada saat-saat akhir kerana mereka sendiri sibuk menelaah pelajaran bagi menghadapi peperiksaan.

Matlamat pengukur kejayaan. Matlamat tidak tercapai dengan angan-angan atau impian kosong. la perlu disusuli dengan tindakan. Kejayaan besar yang diimpikan esok hari adalah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diraih setiap hari. Apakah kayu pengukurnya bagi memastikan yang setiap hari anda berjaya? Bagaimana anda tahu anda berjaya? Pengukur kepada kejayaan adalah matlamat yang dirancang. Sekiranya anda melakukan tindakan dan menyelesaikan tugas seperti yang dirancang anda dikatakan sebagai seorang yang berjaya.

Hari demi hari tanpa anda sedari anda mendaki puncak kejayaan yang lebih besar dan bermakna. Jadi pastikan sekarang matlamat anda tidak begitu kecil sehingga ia tidak mempunyai apa-apa makna dan tidak pula begitu besar hinggakan anda rasa mustahil bagi mencapainya. Tetapkan satu matlamat yang anda begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh bagi me­realisasikannya. Satu matlamat yang anda yakin tanpa keraguan anda dapat melakukannya!

Semoga apa yg kita bincangkan sebentar membawa 1000 erti kepada kita! Last but not least, jangan lupe LIKE and SHARE post ya.Bertemu lagi di post akan datang!

 

MENUKAR IMPIAN MENJADI MATLAMAT

Salam 1Malaysia!! Terima kasih kepada anda yang masih lagi kekal dalam NealSecretSuccess.com! Post kali ini akan menceritakan tentang bagaimana kita hendak “MENUKAR IMPIAN MENJAI MATLAMAT”. Sebelum saya meneruskan post ini, adalah lebih baik jika kita sama-sama tenangkan hati kosongkan fikiran dan minda agar segale post yg dibace mudah masuk ke dalam fikiran kite dan mendapat keredhaan-NYA, INSYA’ALLAH, AMIN! =) Jom kita mulakan!

 

Impian yang ditukar menjadi matlamat mudah direalisasi­kan. Impian hanyalah cetusan hati dan hasrat anda bagi mencapai sesuatu. la ada masanya kabur dan tiada masa yang ditetapkan bagi merealisasikannya. Malah anda juga tidak meletakkan sebarang perancangan dan mengenal pasti halangan-halangan yang wujud. Halangan yang mungkin membantut impian itu.

Sebaliknya matlamat adalah sesuatu yang lebih jelas dan terancang. Matlamat adalah sesuatu hasil yang mahu dicapai dalam satu tempoh masa yang disertai dengan perancangan yang rapi. la mestilah menghantui fikiran se­hingga anda sanggup melakukan apa sahaja bagi men­capainya.

Hampir 80 peratus daripada pelajar tidak mem­punyai matlamat ataupun tidak tahu apa yang dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya anda tidak pasti apa yang anda mahukan, bagaimana mungkin anda membuat perancangan dan mengatur langkah bagi mendapatkannya? Tanpa matlamat, hidup anda menjadi sia-sia. Tanpa matlamat masa terbuang begitu sahaja tanpa disedari.

Imagination is more important than knowledge. lni dipetik daripada kata-kata Einstein. Memang benar, imaginasi itu Iebih berkuasa daripada ilmu pengetahuan. lni kerana imaginasi mendorong tindakan. lmaginasi mencetus kegigihan dan mendorong diri bagi menerus­kan perjuangan ke arah kejayaan.

Sedarkah anda ramai orang gagal dalam hidup mereka hari ini sebenarnya tahu mengenai faktor atau­pun penyebab kegagalan itu. Sekiranya anda bertemu dengan seorang tukang kebun, cuba tanya kepadanya, “Pak cik…pak cik, pak cik tahu ataupun tidak sekiranya masa sekolah dahulu pak cik belajar rajin-rajin, tidak buang masa, tekun…. hari ini pakcik mungkin sudah menjadi seorang doktor?” Apa agaknya kata pak cik itu? “Tahu…pakcik tahu.” Lihat seorang yang tahu apa faktor yang dapat merubah masa depan kini berpuas hati hanya sebagai tukang kebun? lnilah masalah anda. Anda tahu apa yang perlu dilakukan bagi berjaya tetapi anda tidak mempunyai matlamat. Anda juga tidak mempunyai Impian yang cukup kuat bagi melakukan sesuatu tindakan ke arah kecemerlangan diri.

Sekarang ini, tenangkan fikiran anda sebentar. Fikirkan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh mengenai soalan ini.

·      Apa sebenarnya yang aku mahukan dalam hidup ini?

·       Bila aku mahukannya? Setahun, dua tahun ataupun lima tahun?

·      Kenapa aku mahukannya?

·      Bagaimana aku boleh mendapatkannya?

Sekiranya anda mampu memberikan jawapan yang tepat dan jelas pada soalan-soalan di atas, SYABAS!!! Anda sudah mempunyai matlamat.

Jangan lupe LIKE and SHARE ye!! Semoge kite bertemu lagi di post yg akan dtg!! Banyak perkare menarik yang akan dibincangkan. Selamat maju jaya! =)

 

.


IMPIAN DAN MATLAMAT

Salam 1Malaysia! Hello and welcome to all! Post kali ini akan menceritakan tentang “IMPIAN DAN MATLAMAT”. Siapa diantara kite tiada IMPIAN DAN MATLAMAT dalam hidup kita ini?

IMPIAN ITU PERLU 

SETIAP kejayaan itu bermula dengan sebuah impian. Thomas Alva Edison terlebih dahulu menggambarkan suatu hari dia pasti berjaya mencipta mentol sebelum gagal beribu kali. Bezanya Mat Jenin dengan mereka yang berjaya adalah Mat Jenin tidak menukar angan-angan dan impiannya kepada satu bentuk matlamat. Dia juga tidak pernah merangka perancangan bagaimana memenuhi impian hatinya dan menunggu sahaja supaya satu keajaiban berlaku atas dirinya.

Semua kejayaan bermula dengan impian. Apabila anda tidak nampak apa yang anda mahukan dalam minda, anda tidak mungkin dapat menghasilkannya di alam nyata.

Bagi memahami mengenai perkara asas ini mari lakukan satu aktiviti mudah. Ambilkan sehelai kertas kosong sekarang dan lakarkan suasana di tepi pantai yang indah. LAKUKAN SEKARANG!! Pejam mata anda sekejap dan gambarkan suasana itu dan mulakan lakaran. Jangan peduli sama ada cantik ataupun tidak lakaran itu. Apa yang penting adalah setiap objek yang tergambar dalam minda dilakarkan. Suasana itu perlu wujud. 

Bagaimana?? Sudah siap melakar??? Sekiranya anda sudah menyiapkan lakaran, sekarang ada beberapa soalan bagi anda.

·           Ada ataupun tidak gambar orang bermain layang-layang dalam lakaran anda?

·           Ada ataupun tidak gambar kapal terbang melintas di awan?

·         Ada ataupun tidak gambar jeti bagi bot-bot ber­labuh?

·         Ada ataupun tidak gambar orang sedang duduk sambil bermain gitar?

Sekiranya ada tidak apalah, tetapi sekiranya tiada kenapa gambar-gambar itu tidak dilakarkan? Jawapannya cukup mudah iaitu sebab anda tidak nampak gambar-gambar itu di dalam minda anda. Anda tidak terfikir mengenai gambar-gambar itu dan tidak terbayang langsung me­ngenainya. Dengan kata lain, anda tidak mampu meng­hasilkan sesuatu yang tidak wujud dalam minda. Sesuatu yang langsung tidak anda gambarkan ataupun bayangkan.

Begitulah juga dengan kehidupan ini. Bagaimana mungkin anda mencapai kejayaan apabila anda tidak pernah mengambarkannya. Apabila anda tidak pernah menggambarkan diri anda mendapat nombor satu, mendapat semua ‘A’, menjadi tokoh pelajar, masuk universiti dan sebagainya, anda tidak mungkin mampu menghasilkannya. Oleh sebab itulah pentingnya merry punyai impian. Anda mesti menggambarkan impian itu kerana apa yang tergambar itulah nanti yang terhasil.

Kejayaan bermula dengan impian!

Jangan lupe LIKE and SHARE post ini ya! Nanti kan post seterusnya, MENUKAR IMPIAN MENJADI MATLAMAT. SELAMAT MAJU JAYA!! =)


Hikmah daripada Kesilapan dan Kegagalan

Salam! Hello and Hi ! Terima kasih sebab masih lagi bersama saya . Sebelum ini, anda semua telah pon mengetahui “Langkah-langkah Membina Strategi Belajar yang Berkesan”. Sekarang, jom kita sama-sama mendalami apakah hikmah daripada kesilapan dan kegagalan. Jom!

Hikmah daripada kesilapan dan kegagalan adalah:

  1. Kesilapan dan kegagalan membuka peluang men­cari penyelesaian yang baru. Ada masanya pe­nyelesaian baru ini jauh lebih baik dan lebih ber­kesan daripada pendekatan yang sebelumnya. Misalnya, anda mungkin tidak begitu cemerlang dalam peperiksaan selepas berusaha gigih. Tetapi itu bukan penghujung sebuah kehidupan. Anda masih mempunyai banyak kebolehan lain yang dapat digunakan bagi mencari rezeki seperti bakat, kemahiran, hobi, pandai bercakap dan se­bagainya. Ataupun setidak-tidaknya, anda mungkin mahu mengulangi peperiksaan itu sekali lagi dan kali ini lebih bersedia lagi.
  2. Kesilapan dan kegagalan memberikan kita pengalaman. Ramai orang takut mencuba kerana takut gagal. Apabila begitu bagaimana kita dapat memperoleh pengalaman. Apabila kita banyak kali mencuba dan banyak kali gagal kita menjadi orang yang lebih berpengalaman dan mampu membuat keputusan yang lebih bijaksana. Cuba fikirkan siapakah yang lebih baik, seorang yang menjawab I 000 soalan dan salah 400 ataupun seorang yang menjawab 100 soalan dan salah cuma 40? Ramai pelajar mengatakan 40 jawapan itu lebih bagus daripada 400 jawapan salah. Memanglah, tetapi tuba perhatikan pelajar yang menjawab 1000 soalan itu mempunyai 1000 pengalaman. Tambah­an Pula dia mendapat 600 jawapan betul berrbanding pelajar yang cuma ada 60 jawapan betul. Oleh itu, jawablah seberapa banyak soalan yang boleh dan usah bimbang bagi melakukan kesilapan atau gagal.
  3. Kegagalan membina peribadi. Apabila anda gagal, anda dapat menyerahkan segala-galanya pada nasib, mengalah dan putus asa. Ataupun anda dapat memilih bagi berundur sekejap, melakukan post-mortem, membuat penilaian mengenai usaha anda dan melangkah semula dengan lebih bergaya. Ingat! Berundur bukan bererti kalah, mengalah bukan bererti lemah. Oleh itu adakah anda mahu membina peribadi sebagai seorang yang gagal ataupun sebagai seorang juara? Pilihan ada di tangan anda sendiri.
  4. Kesilapan dan kegagalan menyedarkan kita mengenai kekurangan dan kelemahan. Dengan pengalaman ini kita dapat memperbaikinya dan menjadi jauh lebih baik selepas itu. la juga meng­elakkan diri kita daripada bersikap ego, sombong dan takbur. Apabila anda mendapat cuma 70 pe­ratus dalam ujian bulanan, bersyukurlah sebab anda masih mempunyai masa memperbaiki 30 pe­ratus lagi kelemahan yang ada sebelum pe­periksaan besar. Sekiranya tidak diadakan ujian anda mungkin masih lalai lagi dan tidak tahu sejauh mana kemampuan sebenar dan persediaan anda.

 

 

dv                                           Jangan lupe LIKE and SHARE post ini ya! Nantikan post yang seterusnya! =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 Page 1 of 5  1  2  3  4  5 »